Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday 29 September 2016

Tabunng Warisan Anak Selanggor (TAWAS)


Apa itu TAWAS

Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang telah dibincangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini adalah bertujuan untuk membantu rakyat mereka menerima bantuan kewangan sebanyak RM1500 melalui program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) apabila mereka mencapai usia 18 tahun kelak.
Program itu dikendalikan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan terbuka kepada mereka yang lahir di Selangor dengan syarat-syarat tertentu. Selain itu, ibu bapa dan anak mereka secara tidak langsung dapat menikmati diskaun keahlian AAM Roadside Assistant, diskaun penginapan di De Palma Hotel, sagu hati sebanyak RM100 dalam tabung simpanan bagi mereka yang telah berdaftar dengan jayanya, dan khairat kematian sebanyak RM1500 yang akan diberi kepada waris TAWAS.

Cara Mendaftar

Ibu bapa dengan anak berusia kurang daripada 3 tahun boleh menyediakan dokumen seperti sijil kelahiran anak atau MyKid, MyKad milik ibu atau bapa, dan surat pengakuan anak angkat sekiranya diperlukan dalam proses pendaftaran program TAWAS yang bermula sejak 9 Julai 2011. Beberapa syarat lain yang dikenakan oleh YAWAS kepada ahli TAWAS termasuklah pemerolehan taraf kewarganegaraan Malaysia dengan tempat lahirnya sama ada di dalam atau di luar Selangor bermula pada tarikh lahir 1 Januari 2008, dan ibu bapa mereka lahir sebelum 1 Februari 1974 di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur atau mereka telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun. Syarat lain untuk pemohon yang lahir di sempadan negeri Selangor iaitu mereka yang menetap di Perak, Pahang, Negeri Sembilan atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan lahir selepas 1 Januari 2008 mestilah mempunyai ibu bapa yang lahir di sempadan Selangor untuk memohon program TAWAS.

Tempat pendaftaran

Pendaftaran program TAWAS boleh dibuat di Pejabat Daerah atau Pejabat ADUN, bersama dengan ketua kampung, penghulu, atau pihak berkuasa tempatan, dan juga bersama dengan YAWAS. Cop pengesahan mastautin boleh di dapatkan daripada senator, ahli parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan, penghulu, ketua kampung, atau pengerusi taman perumahan.
Pemohon yang berjaya mendapat kelulusan permohonan daripada YAWAS akan mendapat penyata rasmi simpanan TAWAS yang perlu disimpan dengan cermat untuk anak mereka. Caj RM10 akan dikenakan oleh YAWAS kepada mereka yang telah kehilangan atau mengalami kerosakan penyata TAWAS.

0 comments:

Post a Comment