BR1M 4.0

Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M 4.0 kini kembali !. Penyerahan akan bermula pada bulan Januari 2015.

Kadar Bayaran

Berikut merupakan kadar bayaran BR1M 2015 bagi mereka yang berkeluarga dan bujang.

Khairat Kematian RM1,000

Skim Khairat Kematian kepada waris penerima BR1M sebanyak RM1,000

Tempoh Penyerahan

Terdapat tiga sesi penyerahan BR1M kepada rakyat iaitu Bulan Januari, Mei dan September 2015.

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Saturday 31 January 2015

Benarkah RON95 Akan Turun RM1.63 Seliter 12.00 Malam Ini ? (1 Februari 2015)



KUALA LUMPUR 30 Jan. - Harga baharu minyak akan diumumkan tengah malam ini sebelum berkuat kuasa pada 12.01 tengah malam esok, 1 Februari 2015.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kerajaan tidak mengumumkan harga baharu komoditi itu lebih awal kerana keputusan tersebut telah diputuskan oleh Kabinet mulai tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada hak masing-masing untuk membuat spekulasi tentang harga baharu minyak yang akan diumumkan kerajaan nanti. - UTUSAN ONLINE

Berikut adalah spekulasi harga petrol yang tersebar melalui media sosial :
Harga Terkini RON95, RON97 & DIESEL yang dijangka diumumkan oleh KPDNKK pada 31 Januari 2015. Harga tidak rasmi ini bermula 1 Februari 2015. Iaitu :
- RON95: RM1.63 sen seliter (Sekarang RM1.91 sen seliter)
- RON97: RM1.67 sen seliter (Sekarang RM2.11 sen seliter)
- Diesel: RM1.62 sen seliter (Sekarang RM1.93 sen seliter)

Wednesday 21 January 2015

Proses Penyerahan BR1M Bulan Januari Mengikut 4 Kelompok Agihan



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Untuk makluman, proses penyerahan BR1M Bulan Januari ini, akan diproses sehingga Bulan April 2015 (Untuk Peringkat Pertama).

>>> Untuk Peringkat Kedua - Bulan Mei hingga Bulan Ogos

>>> Untuk Peringkat Akhir - Bulan September hingga Bulan Disember

P/S : Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, boleh hadir ke Pejabat / hubungi LHDNM di cawangan masing-masing.

Harap maklum dan kami mohon maaf atas kesulitan yang timbul.

Sila layari website rasmi ebr1m di : https://ebr1m.hasil.gov.my/


Saturday 17 January 2015

BR1M 2015 Lebih Bermakna Berbanding Sebelum Ini Kerana Kos Sara Hidup Semakin Tinggi



BUKIT MERTAJAM, 17 Jan (Bernama) - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 4.0 kali ini lebih bermakna berikutan cabaran ekonomi dan peningkatan kos sara hidup.

Halijah Abdullah, 70, berkata pemberian kali ini lebih bermakna berbanding tahun sebelumnya kerana kenaikan harga barangan dan untuk membeli ubat-ubatan bagi meringankan beban anak-anak yang juga kesempitan menguruskan kehidupan sendiri.

"Cara pemberian secara beransur-ansur juga elok terutama semasa ekonomi yang tidak menentu. Kalau diberi sekali gus, wang itu akan dihabiskan sekelip mata," katanya yang telah tiga kali menerima BR1M.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Penyampaian BR1M peringkat Pulau Pinang, yang dirasmikan Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman, di sini hari ini.

Bagi Halmiah Hasan, 63, pemberian BR1M RM950 amat membantu kehidupannya terutama untuk menampung kos perubatan serta wang itu akan disimpan untuk masa kecemasan.

"Tahun ini kita lihat harga barang naik, hidup pun susah. Jadi wang BRIM ini sedikit sebanyak meringankan beban dan cara pemberian bagus kerana beransur-ansur.

"Macam hari ini kita dapat RM300 nanti kita akan dapat lagi, jadi kehidupan itu lebih terancang daripada menggunakan wang itu sekali gus," kata Halmiah.

R. Nandiri, 40, berkata pemberian BR1M diterima pada masa yang tepat kerana tekanan kos sara hidup berikutan ekonomi tahun ini yang dilihat agak lembap dan mencabar.

"Harga barang pun naik, kena belanja untuk persekolahan anak-anak dan kehidupan harian. Pemberian ini menunjukkan kerajaan prihatin dan sedar kesusahan rakyat," katanya.

Sementara itu, Zainal Abidin berkata sebanyak 283,800 penerima BR1M di Pulau Pinang melibatkan RM218.3 juta dan daripada jumlah itu, 14,900 orang atau lima peratus daripadanya menerima wang tunai kerana tidak memiliki akaun bank.

Dalam belanjawan 2015, kerajaan menaikkan kadar BR1M kepada RM950 daripada RM650 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah yang akan dibayar secara tiga kali ansuran iaitu pada Januari, Mei dan September.

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kerajaan meningkatkan kadar BR1M daripada RM450 kepada RM750 manakala bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar itu dinaikkan daripada RM300 kepada RM350.

- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=1101496

Penerima BR1M Perlu Kemaskini Nama Waris



BAGAN TERAP – Kira-kira lima peratus penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Parlimen Sabak Bernam pada tahun lalu tidak membuat tuntutan Insurans Takaful Berkelompok 1Malaysia (i-BR1M) disebabkan kegagalan mereka mengemaskini nama waris pada borang bantuan.

Ahli Parlimen Sabak  Bernam, Mohd Fasiah Mohd Fakeh berkata, mana-mana waris penerima BR1M sepatutnya berhak untuk membuat tuntutan itu, sekiranya penerima BR1M terlibat dalam kes kematian.

Menurutnya, pada tahun lalu, mereka layak untuk menuntut sehingga RM30,000 untuk kematian disebabkan kemalangan dan kemalangan mengakibatkan Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (TPD) dan RM1,000 untuk kematian biasa.

“Namun, tuntutan pada tahun ini hanyalah sebanyak RM1,000 untuk kematian biasa sahaja dan berharap supaya mereka mengemaskini nama waris pada borang sama ada menerusi perkhidmatan atas talian atau secara manual,” katanya.

Terdahulu, Mohd Fasiah merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bagan Terap dan Penyampaian Baucar Persekolahan RM100 kepada murid di sekolah terbabit.

Sebanyak RM22,800 baucar persekolahan diberikan kepada 228 murid di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM2 juta.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan masih memberikan tempoh kepada penerima BR1M supaya mengisi nama waris bagi memudahkan urusan tuntutan dilakukan pada masa akan datang.

“Waris penerima BR1M Parlimen ini boleh terus membuat tuntutan i-BR1M sama ada di BSN Sungai Besar atau Sabak Bernam atau mana-mana BSN berhampiran dengan membawa MyKad dan surat kematian asli,” katanya.

Wednesday 14 January 2015

12 Februari 2015 Tarikh Agihan BR1M Keseterusnya

AHMAD MASLAN menunjukkan senarai kemas kini 18 bank untuk pembayaran BR1M 2015 dalam sidang akhbar di Kementerian Kewangan, Putrajaya, semalam. – BERNAMA


PUTRAJAYA 13 Jan. – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diagih mulai 15 Januari ini bagi penerima yang sudah mengemas kini maklumat pada tahun lalu sementara mereka yang lambat berbuat demikian akan menerima bantuan itu pada 12 Februari.

Pengagihan pertama pada 15 Januari melibatkan 4.9 juta orang sementara agihan pada 12 Februari dijangka melibatkan 2.9 juta penerima.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, pengagihan kedua perlu dilakukan memandangkan tarikh akhir untuk mengemas kini maklumat BR1M telah dilanjutkan kepada 31 Januari ini disebabkan banjir besar yang berlaku di beberapa negeri.

Ahmad pada masa yang sama menjelaskan, maklumat mengenai jadual pemberian BR1M mengikut bank yang disebar melalui aplikasi WhatsApp adalah tidak tepat dan dipercayai dilakukan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, mesej palsu yang memetik nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu antaranya untuk menim­bulkan kemarahan rakyat apabila mereka melakukan semakan di bank dan mendapati BR1M belum masuk ke dalam akaun.

“Pemilik akaun Bank CIMB telah menyemak akaun mereka seawal 11 Januari dan mendapati BR1M tidak masuk dan akhirnya memarahi kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas sebaran mesej melalui WhatsApp yang antaranya mendakwa bank tertentu termasuk Bank CIMB dan Bank Rakyat mengagihkan BR1M lebih awal iaitu pada 11 Januari.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, sebahagian kecil penerima yang belum memiliki akaun bank akan menerima BR1M dalam bentuk baucar dari 17 Januari hingga 31 Mac.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pada tahun ini, Skim Khairat Kematian akan menggantikan insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang dilaksanakan pada 2014 dan keadaan itu memerlukan penerima BR1M mengemas kini dan mengisi maklumat waris.

“Waris boleh pergi ke Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa kad pengenalan sendiri dan sijil kematian penerima BR1M mulai 2 Februari ini untuk menerima khairat kematian RM1,000 selain baki BR1M yang belum disalurkan,” katanya.

Mengenai i-BR1M yang dilaksanakan pada 2014, Ahmad berkata, pihak berkenaan masih boleh melakukan tuntutan sehingga 31 Mac untuk kematian akibat kemalangan dan hilang upaya kekal.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/br1m-mula-diagih-8232-15-jan-dan-12-feb-1.47798

Tuesday 13 January 2015

Pembayaran BR1M Peringkat Pertama 2015 Bermula Khamis Ini



PUTRAJAYA 13 Jan. - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, sebaran mesej bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diagihkan sebelum 15 Januari adalah palsu.

Ahmad berkata, mesej palsu menggunakan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Urusan dengan bank-bank komersial hanya selesai pada esok dan BR1M akan diagihkan pada 15 Januari (Khamis ini),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pembayaran-pertama-br1m-2015-mulai-khamis-ini-1.47496

Sunday 11 January 2015

BR1M Akan Ditukar Kepada Unit Amanah ?



KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Belia Malaysia hari ini secara dasarnya bersetuju sistem pembayaran secara tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ditukar kepada pembayaran melalui unit amanah.

Wakil Pahang, Mohd Firdaus Abd Samad ketika menggulung usul penetapan supaya kerajaan menjalankan kajian intensif bagi merapatkan jurang pendapatan negara, berkata mekanisme ini dilihat lebih efektif kepada aliran tunai kerajaan.

"Sekiranya BR1M ini diberikan dalam bentuk unit amanah, ia akan ada tempoh matang, jadi dalam masa lima tahun katakan, kerajaan tidak perlu lagi mengeluarkan wang tunai untuk pemberian BR1M, sebaliknya pembayaran seterusnya boleh dibuat menggunakan dividen," katanya.

Usul penetapan supaya kerajaan menjalankan kajian intensif bagi merapatkan jurang pendapatan negara itu dicadang Jawatankuasa Sosio Ekonomi dan diluluskan sebulat suara oleh speaker dewan iaitu Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Negara Datuk Shamsul Anuar Nasarah pada persidangan Parlimen Belia Malaysia kedua di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Antara lain, usul itu turut mencadangkan supaya satu jawatankuasa atau badan seumpamanya ditubuhkan di peringkat Parlimen bagi mengkaji jurang pendapatan negara.

Turut bersetuju ialah wakil Terengganu Alif Rosli yang menarik perhatian bahawa selain pembayaran melalui unit amanah, kerajaan juga boleh menggunakan sukuk.

"Ini adalah antara beberapa mekanisme, yang lebih sesuai untuk jangka masa panjang, berbanding pembayaran secara one-off, yang mana jika diberikan kepada rakyat pun akan dihabiskan dalam masa yang pendek," katanya.

Dalam pada itu, wakil dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Suhail Mohamed Kamaruddin mempersoalkan juga sekiranya perlu lagi kajian ke atas ekonomi rakyat diadakan, memandangkan sudah wujud beberapa badan yang mengadakan kajian sama.

"Unit Perancangan Ekonomi negara pun dah buat kajian dan disokong Jabatan Statistik, tetapi persoalannya kenapa jurang pendapatan ini masih wujud di skala tinggi," katanya.