BR1M 4.0

Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M 4.0 kini kembali !. Penyerahan akan bermula pada bulan Januari 2015.

Kadar Bayaran

Berikut merupakan kadar bayaran BR1M 2015 bagi mereka yang berkeluarga dan bujang.

Khairat Kematian RM1,000

Skim Khairat Kematian kepada waris penerima BR1M sebanyak RM1,000

Tempoh Penyerahan

Terdapat tiga sesi penyerahan BR1M kepada rakyat iaitu Bulan Januari, Mei dan September 2015.

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Saturday 28 January 2017

BR1M DI BAYAR MULAI ESOK

PUTRAJAYA: Pembayaran pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun ini akan dibuat mulai esok.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing. "Bagi mereka yang tidak mengemukakan maklumat akaun bank, baucar BR1M akan diedarkan kepada penerima dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)," katanya dalam satu kenyataan, di sini, sebentar tadi.



Husni berkata, pemberian BR1M bagi kategori isi rumah akan diagihkan dalam empat peringkat pada tahun ini iaitu pada 28 Januari (esok), 28 April, 23 Jun dan 28 September, manakala bagi kategori individu akan menerima bayaran penuh esok.

Peserta e-Kasih yang berpendapatan RM1,000 ke bawah akan menerima BR1M sebanyak RM1,050, isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah sebanyak RM1,000 dan isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 sebanyak RM800, manakala individu sebanyak RM400.

Beliau berkata, bagi Skim Khairat Kematian (SKK), bantuan sebanyak RM1,000 akan diberi kepada waris penerima BR1M di bawah kategori isi rumah dan warga emas.

"Tuntutan SKK boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN dengan mengemukakan dokumen kematian yang sah dan kad pengenalan asal waris. Hanya waris yang dinamakan dalam borang saja yang layak untuk menuntut SKK. "

Bagi penerima yang belum mengemas kini maklumat waris, pengemaskinian boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhampiran,"

katanya. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta e-mel kepada br1m@treasury.gov.my.

Saturday 12 November 2016

Kemas Kini BR1M 2017

Menurut balasan email official dari lembaga hasil br1m@treasury.gov.my, orang ramai diberitahu bahawa tarikh pembukaan BRIM online tahun 2016 jatuh pada 5 Disember. Sebelum ini terdapat banyak keliruan akibat berita palsu luas disebarkan di facebook. Berlainan daripada tahun-tahun yang lepas, BRIM 2016 tidak membuka pendaftaran online pada hari pertama bulan Disember.
Untuk mengelakkan sebarang kesilapan semasa permohonan, pendaftar boleh menghubungi pihak yang berkenaan melalui contact yang tertera dalam gambar di bawah ini.




Jumlah dan kelayakan
RM1050 untuk keluarga yang tersenarai dalam program ekasih
RM1000 untuk keluarga yang berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah
RM800 untuk keluarga yang berpendapatan bulanan RM3001 sehingga RM4000
RM400 seorang untuk orang muda yang berumur 21 dan ke atas, yang berpendapatan bulanannya tidak melebihi RM2000
* Diingatkan telefon bimbit atau ipad tidak dibenarkan untuk membuat kemaskini / pendaftaran online. Sila menggunakan PC sahaja.

Langkah-langkah memohon BRIM online
1 : Di laman ebr1m tekan “Permohonan baru”, masukkan nombor IC untuk log masuk.

2. Anda akan diberi 2 soalan untuk menguji sama ada anda pemilik nombor IC yang dihantar tadi.

3. Sekiranya anda silap 3 kali, anda akan dihalang untuk membuat sebarang perubahan maklumat.


4. Setelah berjaya masuk, anda perlu mengisikan butiran peribadi seperti status perkhawinan, no telefon, alamat rumah dan lain-lain.
* Nama pemilik akaun bank mestilah sama dengan nama pemohon BRIM. Satu akaun bank dibenarkan hanya untuk satu permohonan sahaja.

5. Langkah seterusnya (bahagian B) ialah mengisi butiran tangungang dan melaporkan pendapatan bulanan ahli-ahli keluarga. Sekiranya anak-anak masih belum bekerja, isikan ruang pendapatan dengan nilai kosong.
Kepada penjaga tunggal (contohnya anda seorang yang telah bercerai), untuk melayakkan diri dalam kategori keluarga, isikan nama tanggungan juga.

6. Seterusnya di bahagian C, isikan nama bagi penerima skim khairat kematian. Pemberian RM1000 kepada pewaris sekiranya pemohon meninggal dunia. Perlindungan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2016.


7. Masukkan kod keselamatan yang dipaparkan di sebelah kiri dalam ruang yang ditentukan dan tekan “hantar”.

8. Anda akan terima suatu popup bagi mengesahkan pemberian maklumat yang diberi adalah jujur dan tetap.


9. Akhir sekali kotak alert ini akan keluar sekiranya permohonan anda berjaya dihantar.


10. Anda juga boleh cetak untuk tujuan backup.
Kaedah pembayaran BRIM 2016 masih belum diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF). Kemungkinan wang akan disalurkan ke dalam akaun bank tiap-tiap bulan sepanjang tahun.

Saturday 5 November 2016

Cara Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2017 Online



Memohon dan kemaskini BR1M secara online:
Proses permohonan baharu BR1M dan pengemaskinian maklumat BR1M boleh dibuat dengan mengisi borang BRIM secara atas talian melalui portal rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di pautan:
Permohonan secara online hanya boleh dibuat menggunakan komputer kerana aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.
Memohon dan kemaskini BR1M secara offline:
Permohonan baharu dan pengemaskinian BR1M juga boleh dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 .
Borang BR1M yang siap diisi boleh dikembalikan ke mana-mana cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil LHDNM, Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM, pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) atau pejabat daerah.
Tarikh Pembayaran BR1M 2017
Pembayaran BR1M 2017 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan diagihkan secara berperingkat empat kali setahun iaitu pada bulan Januari, April, Jun dan September 2017. Manakala pembayaran kepada penerima kategori individu/bujang akan dibuat sekaligus mulai Januari 2017.
Jadual di bawah menunjukkan ringkasan tarikh dan amaun pembayaran BRIM mengikut kategori pendapatan bulanan.


Cara Pembayaran BR1M 2017

Bagi penerima yang ada mengisi maklumat akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima, manakala penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BR1M, yang boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB, Maybank atau Public Bank.


Sila layari Semakan Status Permohonan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) untuk panduan semakan status permohonan BRIM.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan dan kemaskini BRIM, sila hubungi:


Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566

Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716

Email kepada br1m@treasury.gov.my


Semoga maklumat ini berguna untuk semua.


Sunday 23 October 2016

'Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Insklusif, Mensejahtera Kehidupan rakyat'



KUALA LUMPUR: Berikut ialah inti pati Bajet 2017 bertema 'Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Insklusif, Mensejahtera Kehidupan rakyat' yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.

* Jumlah peruntukan bajet sebanyak RM260.8 bilion, meningkat 3.4 peratus berbanding Bajet 2016 yang diubah suai, dengan RM214.8 bilion untuk perbelanjaan operasi dan RM46 bilion perbelanjaan pembangunan.

* Di bawah perbelanjaan operasi sebanyak RM46 bilion, sektor ekonomi akan peruntukan paling tinggi sebanyak RM25.9 bilion, sektor sosial (RM12.2 bilion), keselamatan (RM5.3 bilion) dan pentadbiran am (RM2.5 bilion)

* Kutipan hasil pada 2017 dijangka berkembang tiga peratus kepada RM219.7 bilion

* Kerajaan menjangkakan dapat mencapai defisit fiskal 3 peratus pada 2017

* KDNK pada 2016 pada 4-4.5 peratus, 2017 4-5 peratus

* Tiada kenaikan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi 2017

* Sehingga 19 Okt, kerajaan mengutip RM30 bilion GST

* Pelaburan langsung asing yang diluluskan pada separuh pertama 2016 lebih RM28 bilion, iaitu 32 peratus lebih tinggi berbanding separuh masa pertama tahun lepas.

* Pelaburan domestik sahaja mencecah RM60 bilion.-BERNAMA

Friday 21 October 2016

BR1M DI NAIKKAN BAGI SEMUA KATEGORI



KUALA LUMPUR - "Dedak bukan, umpan pun bukan, BR1M yang ikhlas satu pemberian. Keperluan rakyat kita dahulukan. Jumlah BR1M, kita tambah-tambahkan."
Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan kenaikan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini.
Najib berkata, pertambahan kadar BR1M akan meliputi program e-Kasih daripada RM1,050 kepada RM1,200.
"Bagi isi rumah berpendapatan bawah RM3,000, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM1,000 kepada RM1,200. Isi rumah berpendapatan RM3001 hingga RM4,000 pula dinaikkan daripada RM800 kepada RM900.
"Dan bagi individu bujang berpendapatan bawah RM2,000 pula, pemberian BR1M akan ditingkatkan daripada RM400 kepada RM450," katanya.
Menurutnya lagi, skim bantuan ini mendapat sambutan dan maklum balas positif tanpa gagal daripada penerima setiap tahun.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata tidak sekadar itu, Skim Khairat Kematian akan diteruskan dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah dan warga emas.
Perdana menteri berkata keseluruhan program BR1M ini akan memanfaatkan seramai tujuh juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM6.8 bilion.
BR1M mula diperkenal pada 2012, yang memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah, dengan memberi bantuan tunai sebanyak RM500 kepada ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.
Pada 2013, BR1M 2.0 diteruskan dan diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.
Pada 2014 BR1M 3.0, bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, bantuan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
BR1M 3.0 diperluas kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.  
Dalam Bajet 2015, kerajaan menaikkan kadar BR1M 4.0 kepada RM950 daripada RM650 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dibayar secara tiga kali ansuran iaitu pada Januari, Mei dan September.
Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kerajaan meningkatkan kadar BR1M daripada RM450 kepada RM750 manakala bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar itu dinaikkan daripada RM300 kepada RM350.
Dalam Bajet 2016, BR1M untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah  ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000.
Pemberian BR1M bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800 manakala bagi individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar bantuan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400.

Thursday 29 September 2016

Tabunng Warisan Anak Selanggor (TAWAS)


Apa itu TAWAS

Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang telah dibincangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini adalah bertujuan untuk membantu rakyat mereka menerima bantuan kewangan sebanyak RM1500 melalui program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) apabila mereka mencapai usia 18 tahun kelak.
Program itu dikendalikan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan terbuka kepada mereka yang lahir di Selangor dengan syarat-syarat tertentu. Selain itu, ibu bapa dan anak mereka secara tidak langsung dapat menikmati diskaun keahlian AAM Roadside Assistant, diskaun penginapan di De Palma Hotel, sagu hati sebanyak RM100 dalam tabung simpanan bagi mereka yang telah berdaftar dengan jayanya, dan khairat kematian sebanyak RM1500 yang akan diberi kepada waris TAWAS.

Cara Mendaftar

Ibu bapa dengan anak berusia kurang daripada 3 tahun boleh menyediakan dokumen seperti sijil kelahiran anak atau MyKid, MyKad milik ibu atau bapa, dan surat pengakuan anak angkat sekiranya diperlukan dalam proses pendaftaran program TAWAS yang bermula sejak 9 Julai 2011. Beberapa syarat lain yang dikenakan oleh YAWAS kepada ahli TAWAS termasuklah pemerolehan taraf kewarganegaraan Malaysia dengan tempat lahirnya sama ada di dalam atau di luar Selangor bermula pada tarikh lahir 1 Januari 2008, dan ibu bapa mereka lahir sebelum 1 Februari 1974 di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur atau mereka telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun. Syarat lain untuk pemohon yang lahir di sempadan negeri Selangor iaitu mereka yang menetap di Perak, Pahang, Negeri Sembilan atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan lahir selepas 1 Januari 2008 mestilah mempunyai ibu bapa yang lahir di sempadan Selangor untuk memohon program TAWAS.

Tempat pendaftaran

Pendaftaran program TAWAS boleh dibuat di Pejabat Daerah atau Pejabat ADUN, bersama dengan ketua kampung, penghulu, atau pihak berkuasa tempatan, dan juga bersama dengan YAWAS. Cop pengesahan mastautin boleh di dapatkan daripada senator, ahli parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan, penghulu, ketua kampung, atau pengerusi taman perumahan.
Pemohon yang berjaya mendapat kelulusan permohonan daripada YAWAS akan mendapat penyata rasmi simpanan TAWAS yang perlu disimpan dengan cermat untuk anak mereka. Caj RM10 akan dikenakan oleh YAWAS kepada mereka yang telah kehilangan atau mengalami kerosakan penyata TAWAS.

Wednesday 21 September 2016

Bajet 2017



Perdana Menteri Malaysia meminta rakyat Malaysia untuk memberikan cadangan mengenai bajet 2017. Ini di sahkan sendiri di oleh PM melalui laman rasmi facebook yang mengulas berkaitan hal ini.

"Saya sering buka dan baca cadangan-cadangan yang anda semua berikan untuk #Bajet2017 di laman saya. Banyak cadangan yang baik, Insya-Allah akan dipertimbangkan dalam pembentukan Bajet.
Saya yakin banyak lagi idea yang boleh disumbangkan, terus beri cadangan di bajet2017.najibrazak.com, saya ingin dengar dan teliti pandangan anda semua."

Ayuh suarakan cadangan anda!

Tuesday 20 September 2016

Maklumat Penerima BR1M 2016



Pembayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) akan bermula tidak lama lagi!
Pembayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) untuk isi rumah dan warga emas akan diadakan dengan empat peringkat mulai esok, April 28, Jun 23, dan September 28.
Penerima dalam Kategori Individu yang belum Berkahwin yang berumur 21 tahun dan ke atas, dan berpendapatan kurang daripada RM2000 sebulan akan menerima bantuan wang sebanyak RM400 mulai esok.
“Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) ini adalah untuk memastikan penerima BRIM berupaya untuk membuat pelan bajet dengan lebih baik, khususnya terhadap perbelanjaan dalam benda keperluan masing-masing,”nyata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Semasa menjadualkan Bajet 2017,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) 2017 dan  penerusan Skim Kebajikan Keluarga (SKK).
Bagi isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3000, pembayaran BRIM telah menaik dari RM950 ke RM1000 manakala bagi isi rumah yang berpendapatan dari RM3001 ke RM4000, pembayaran tersebut menaik dari RM750 ke RM800.
Di samping itu, kategori yang baharu telah diperkenalkan, pembayaran melibatkan kategori tersebut adalah untuk semua penerima yang nama mereka berada di dalam senarai e-Kasih, atau yang berpendapatan RM1000 dan ke bawah sebulan.Pembayaran bagi kategori tersebut adalah RM1050.
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menyatakan bahawa pembayaran BRIM akan dikreditkan secara langsung dalam akaun bank penerima.
Bagi penerima BRIM yang tidak memberi maklumat berkaitan akaun bank, baucar BRIM akan dihantar ke alamat berkenaan dan baucar BRIM tersebut boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Bagi Skim Kebajikan Keluarga (SKK), bantuan wang dengan amaun RM1000 akan diberikan kepada penerima manfaat yang diiktiraf oleh penerima BRIM yang berada di dalam Katergori Isi Rumah atau Kategori Warga Emas.
Bantuan wang Skim Kebajikan Keluarga (SKK) boleh diterima di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) secara menunjukkan dokumen kematian sah dan MyKad asal kepunyaan penerima manfaat yang namanya berada dalam borang berkenaan.
Penerima yang ingin mengemaskini informasi berkenaan dengan penerima manfaat boleh melakukannya di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalaman Negeri (LHDNM).
Untuk maklumat yang melanjutkan, sila hubungi nombor telefon 1800-88-2716.

Sunday 18 September 2016

Kemasukan BR1M Fasa ke-3



BR1M Fasa ketiga akan di kreaditkan pada 28 September 2016. Pastikan anda membuat semakan di https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s&y=2016 .

Wednesday 7 September 2016

Kerajaan akan tumpu PR1MA berbanding BR1M ?




Kuala Lumpur: Kerajaan akan menumpukan ke atas golongan B40 dan M40, isu rakyat untuk mendapatkan pembiayaan bagi pembelian Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia dalam Belanjawan 2017 yang akan dibentangkan pada Oktober depan.
Namun, perkara utama yang perlu diambil kira ialah peruntukan yang bersesuaian dengan pendapatan yang diperoleh kerajaan sebelum memuktamadkan belanjawan pada tahun depan.
Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, buat masa ini kerajaan masih meneliti pelbagai perkara yang perlu diambil kira dalam Belanjawan 2017.
Katanya, bagi memastikan belanjawan yang dibentangkan itu mapan, ia perlu mengambil kira unjuran pendapatan negara pada masa depan.
“Kita perlu memastikan sebarang langkah yang dilakukan oleh kerajaan tidak akan menjejaskan golongan B40 dan M40. Malah, kerajaan juga peka dengan isu kesukaran orang ramai mendapatkan kelulusan pembiayaan untuk membeli rumah PR1MA dan kita perlu lakukan sesuatu mengenainya.
“Selain itu, dari segi BR1M akan diteruskan seperti mana yang dijanjikan oleh kerajaan. Sama ada nilai peruntukannya sama atau lebih tinggi saya tidak boleh membuat andaian ketika ini,” katanya pada majlis pelancaran Bursa Malaysia-i di sini, semalam.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai keadaan ekonomi negara semakin merundum seperti yang disebarkan dalam media sosial, katanya, perkara itu dilakukan oleh individu yang tidak mempunyai asas yang kukuh untuk menilai prestasi ekonomi Malaysia ketika ini.
Katanya, ekonomi negara menerima kesan berikutan ketidakstabilan ekonomi global tetapi Malaysia masih menunjukkan prestasi yang positif pada separuh pertama lalu dan lebih baik daripada beberapa negara Asean yang lain.
“Sekiranya bercakap mengenai hutang negara, kita harus faham ia dipinjam untuk membiayai projek yang menggerakkan ekonomi negara dan pembayaran semula masih boleh diuruskan dengan baik buat masa ini,” katanya.
Laporan Ekonomi 2015/ 2016 mentakrifkan kumpulan B40 sebagai isi rumah dengan pendapatan bulanan sehingga RM3,855, manakala M40 (kumpulan berpendapatan 40 peratus sederhana) berpendapatan antara RM3,860 dan RM8,319.