BR1M 4.0

Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M 4.0 kini kembali !. Penyerahan akan bermula pada bulan Januari 2015.

Kadar Bayaran

Berikut merupakan kadar bayaran BR1M 2015 bagi mereka yang berkeluarga dan bujang.

Khairat Kematian RM1,000

Skim Khairat Kematian kepada waris penerima BR1M sebanyak RM1,000

Tempoh Penyerahan

Terdapat tiga sesi penyerahan BR1M kepada rakyat iaitu Bulan Januari, Mei dan September 2015.

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday 20 February 2015

Wang Pencen RM1,250 Sebulan Melayakkan Bekas YB Menerima BR1M



MELAKA - Kerajaan Melaka akan membentangkan cadangan untuk mengkaji semula elaun saraan wakil rakyat yang sedang berkhidmat di negeri ini pada persidangan Dun sesi kedua, Mac ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, langkah itu diambil berikutan terdapat bekas wakil rakyat di negeri ini menerima wang pencen serendah RM1,250 sebulan sehingga membariskan mereka layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Malah, katanya, keadaan itu perlu dilihat secara serius dan menyarankan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) peringkat kebangsaan menyuarakan isu berkenaan kepada kerajaan.

“Saya mencadangkan supaya Enakmen Anggota Pentadbiran dan Adun (Saraan) ini dibawa ke Sidang Dun pada sesi kedua nanti bagi menimbang semula elaun saraan wakil rakyat yang sedang berkhidmat, sekali gus memberi kesan positif kepada yang bersara.

“Saya mengharapkan tiada sebarang masalah besar ketika membentangkan enakmen ini nanti. Kalau dipersetujui, ia akan dilaksanakan mengikut kekuatan dan keupayaan kita,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Mubarak di Taman Indah, Bukit Sebukor, di sini semalam.

Turut hadir, Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman.

Idris berkata, usaha yang sudah mendapat persetujuan barisan Exco Kerajaan Negeri itu membantu menangani kos sara hidup wakil rakyat sedang berkhidmat dan menjaga kebajikan mereka dan keluarga apabila sudah bersara nanti

Friday 6 February 2015

Soalan-Soalan Lazim Beserta Jawapannya Mengenai BR1M 2015



SOALAN LAZIM (FAQ)
BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 2015


Soalan Pertama
S: Bilakah pembayaran bantuan BR1M 2015 bermula?
J: Pembayaran akan bermula seperti berikut:


Soalan Ke-2
S: Saya masih belum membuat penunaian BR1M 2014, adakah saya masih layak untuk menuntut bayaran tersebut dan apakah yang perlu saya buat?
J: Anda tidak layak untuk membuat tuntutan BR1M 2014 kerana tempoh penunaian telah ditutup pada 30 November 2014. 

Soalan Ke-3
S: Saya membuat permohonan BR1M 2015 tetapi tidak memasukkan nombor akaun bank, bagaimanakah cara pembayaran BR1M?
J: Pembayaran akan dibuat secara baucar tunai yang akan diuruskan oleh pihak SUK / JPP serta Pejabat Residensi. Penunaian baucar tunai boleh dilakukan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional / Maybank / Public Bank / CIMB Bank. 

Soalan Ke-4
Saya telah menerima surat lulus BR1M 2015 untuk hadir ke majlis penyerahan baucar tetapi tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Bagaimana saya boleh mendapatkan baucar tersebut?
J: Majlis penyerahan baucar dikendalikan oleh Pejabat Daerah / SUK / JPP dan Pejabat Residensi. Sebarang pertanyaan boleh merujuk Pejabat Daerah / SUK / JPP / Pejabat Residensi yang mengeluarkan surat jemputan berkenaan; atau hadir ke Cawangan LHDNM berdekatan untuk mendapatkan salinan surat
kelulusan tanpa baucar bagi tujuan penunaian di BSN sahaja. Cetakan salinan surat kelulusan ini boleh diperoleh mulai :


Soalan Ke-5
S: Saya telah kehilangan baucar BR1M 2015, bagaimana saya boleh mendapatkan baucar berkenaan untuk penunaian?
J: Hadir ke Cawangan LHDNM berdekatan untuk mendapatkan surat kelulusan tanpa baucar bagi tujuan penunaian di BSN sahaja. Cetakan salinan surat kelulusan ini boleh diperoleh mulai :


Soalan Ke-6
S: Saya telah kehilangan MyKad, bagaimana saya boleh membuat penunaian BR1M 2015?
J: Perlu merujuk Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan MyKad sementara bagi tujuan penunaian.

Soalan Ke-7
S: Saya telah menerima baucar yang berbeza amaun dengan surat makluman lulus, bagaimana saya boleh mendapatkan baucar yang betul untuk penunaian?
J: Perlu mendapatkan cetakan salinan surat lulus di Cawangan LHDNM berdekatan untuk ditunaikan di BSN dan menyerahkan baucar tersebut kepada Cawangan BSN. (jika baucar masih di tangan penerima).

Soalan Ke-8
S: Terdapat kesilapan nama pada baucar BR1M 2015 yang saya terima, apa yang perlu saya buat?
J: Anda boleh terus membuat penunaian di bank sekiranya nombor pengenalan yang dicetak pada baucar adalah betul.

Soalan Ke-9
S: Apakah dokumen yang perlu dikemukakan bagi penunaian di bank?
J: Bagi penunaian secara baucar, penerima perlu kemukakan Baucar Tunai dan Kad Pengenalan asal di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional / Maybank / CIMB dan Public Bank Berhad. Bagi penunaian gagal kredit , penerima BR1M perlu kemukakan Surat Lulus BR1M 2015 asal dan Kad Pengenalan asal di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional sahaja. Salinan pendua tidak dibenarkan.

Soalan Ke-10
S: Saya telah menerima baucar BR1M 2015, akan tetapi penunaian tidak dapat dibuat kerana pihak bank telah memaklumkan baucar saya telah ditunaikan?
J: Laporan polis perlu dibuat dan mengemukakan laporan polis berkenaan kepada Sekretariat BR1M seperti berikut :
Sekretariat BR1M
Pejabat Belanjawan Negara,
Aras 6 Blok Utara,
Kementerian Kewangan Malaysia,
No.5 Persiaran Perdana,
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 Putrajaya.
Hotline BR1M MoF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
e-mel: br1m@treasury.gov.my

Soalan Ke-11
S: Saya telah menerima surat kelulusan BR1M 2015 yang memaklumkan bantuan telah berjaya dikreditkan ke dalam akaun saya. Walau bagaimanapun semakan saya mendapati wang BR1M tidak dikreditkan atau dikeluarkan oleh orang lain, apa yang perlu saya buat?
J: Anda perlu membuat semakan penyata bank dengan bank yang berkaitan. Sekiranya tiada transaksi kemasukan wang atau dikeluarkan oleh orang lain, laporan polis perlu dibuat dan mengemukakan laporan polis berkenaan kepada Sekretariat BR1M seperti berikut:
Sekretariat BR1M
Pejabat Belanjawan Negara
Aras 6 Blok Utara
Kementerian Kewangan Malaysia
No.5 Persiaran Perdana
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya.
Hotline BR1M MoF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
e-mel: br1m@treasury.gov.my


Soalan Ke-12
S: Adakah penunaian BR1M 2015 saya boleh dibuat oleh wakil bagi penerima yang uzur / kurang upaya / sakit berpanjangan di hospital?
J: Sekiranya anda mewakilkan wakil untuk menunaikan baucar, wakil tersebut perlu kemukakan :
  • Baucar / Surat lulus asal penerima
  • Kad pengenalan (asal dan salinan) penerima
  • Kad pengenalan (asal dan salinan) wakil
  • Surat pengesahan hospital (jika ada) 

Soalan Ke-13
S: Bolehkah saya membuat penunaian BR1M 2015 bagi penerima yang telah meninggal dunia?
J: Boleh. Sekiranya penerima adalah bujang, hanya ibu bapa / penjaga / adik beradik boleh menuntut baucar / surat lulus dan menunaikan di bank. Wakil perlu kemukakan :
  • Baucar / surat lulus asal penerima
  • Sijil Kematian asal penerima
  • Kad pengenalan (asal dan salinan) wakil

Soalan Ke-14
S: Bolehkah saya mewakilkan penunaian BR1M 2015 bagi ahli keluarga yang berada di dalam penjara?
J: Boleh. Suami / isteri / anak-anak (jika suami atau isteri telah meninggal) boleh menuntut baucar / salinan surat lulus dan menunaikan di bank. Wakil perlu kemukakan :
  • Baucar / surat lulus asal penerima
  • Surat pengesahan daripada penjara
  • Salinan surat nikah / dokumen pertalian
  • Kad pengenalan (asal dan salinan) wakil 

Soalan Ke-15
S: Bolehkah saya mewakilkan penunaian BR1M 2015 penerima yang berada / bertugas di luar kawasan / negara?
J: Boleh. Suami / isteri / anak-anak boleh menuntut baucar / salinan surat lulus dan menunaikan di bank. Wakil perlu kemukakan :

  • Baucar / surat lulus asal penerima
  • Dokumen pembuktian berada / bertugas di luar kawasan / negara
  • Kad pengenalan (asal dan salinan) wakil





Soalan Ke-16
S: Siapakah yang layak menerima Skim Khairat Kematian?
J: Penerima BR1M 2015 bagi kategori isi rumah dan warga emas yang meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2015 sehingga 31 Disember 2015.


Soalan Ke-17
S: Bagaimanakah pembayaran Skim Khairat Kematian dibuat?
J: Pembayaran Skim Khairat Kematian boleh dituntut di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 2 Februari 2015 dengan mengemukakan dokumen :
a) Sijil Kematian
b) Kad Pengenalan (asal) waris


Soalan Ke-18
S: Jika waris adalah warga asing, adakah perlu syarat beliau mesti menetap di Malaysia?
J: Ya, jika waris adalah warga asing, beliau hendaklah terdiri daripada ibu / bapa / isteri / suami / anak yang menetap di Malaysia.


Soalan Ke-19
S: Berapakah umur minimum untuk melayakkan seseorang menjadi waris?
J: Tiada had umur minimum ditetapkan bagi waris.


Soalan Ke-20
S: Berapakah jumlah Skim Khairat Kematian yang akan diterima dan bagaimana dengan baki bantuan BR1M 2015 yang belum diterima?
J: Waris akan menerima jumlah bantuan sebanyak RM1,000 bagi Skim Khairat Kematian dan akan menerima baki BR1M 2015 yang belum dituntut sekaligus.



Soalan Ke-21
S: Maklumat saya telah digunakan oleh individu lain bagi tujuan BR1M 2015?
J: Perlu membuat laporan polis dan kemukakan bersama salinan pengenalan (isi rumah) dan sijil perkahwinan (jika berkaitan) ke Cawangan LHDNM untuk tindakan selanjutnya. 

Soalan Ke-22
S: Jika seseorang memberi maklumat palsu, apakah tindakan yang akan dikenakan?
J: Seseorang boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga (3) tahun dan boleh juga dikenakan denda. 

Soalan Ke-23
S: Saya telah disenarai hitamkan kerana menunaikan baucar BR1M 2 kali, apa yang perlu saya lakukan?
J: Anda perlu merujuk kepada Sekretariat BR1M seperti berikut :
Sekretariat BR1M
Pejabat Belanjawan Negara
Aras 6 Blok Utara
Kementerian Kewangan Malaysia
No.5 Persiaran Perdana
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya.
Hotline BR1M MoF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
e-mel: br1m@treasury.gov.my

Soalan Ke-24
S: Dimanakah saya boleh membuat aduan dan pertanyaan berkenaan dengan BR1M 2015?
J: Anda boleh menghubungi di talian berikut :
i. Hotline BR1M LHDNM: 1-800-88-2716
ii. Hotline BR1M MoF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566