Hubungi Kami

Hubungi Kami

Saturday 17 January 2015

Penerima BR1M Perlu Kemaskini Nama Waris



BAGAN TERAP – Kira-kira lima peratus penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Parlimen Sabak Bernam pada tahun lalu tidak membuat tuntutan Insurans Takaful Berkelompok 1Malaysia (i-BR1M) disebabkan kegagalan mereka mengemaskini nama waris pada borang bantuan.

Ahli Parlimen Sabak  Bernam, Mohd Fasiah Mohd Fakeh berkata, mana-mana waris penerima BR1M sepatutnya berhak untuk membuat tuntutan itu, sekiranya penerima BR1M terlibat dalam kes kematian.

Menurutnya, pada tahun lalu, mereka layak untuk menuntut sehingga RM30,000 untuk kematian disebabkan kemalangan dan kemalangan mengakibatkan Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (TPD) dan RM1,000 untuk kematian biasa.

“Namun, tuntutan pada tahun ini hanyalah sebanyak RM1,000 untuk kematian biasa sahaja dan berharap supaya mereka mengemaskini nama waris pada borang sama ada menerusi perkhidmatan atas talian atau secara manual,” katanya.

Terdahulu, Mohd Fasiah merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bagan Terap dan Penyampaian Baucar Persekolahan RM100 kepada murid di sekolah terbabit.

Sebanyak RM22,800 baucar persekolahan diberikan kepada 228 murid di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM2 juta.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan masih memberikan tempoh kepada penerima BR1M supaya mengisi nama waris bagi memudahkan urusan tuntutan dilakukan pada masa akan datang.

“Waris penerima BR1M Parlimen ini boleh terus membuat tuntutan i-BR1M sama ada di BSN Sungai Besar atau Sabak Bernam atau mana-mana BSN berhampiran dengan membawa MyKad dan surat kematian asli,” katanya.

1 comment:

  1. Wynn Hotel and Casino - Mapyro
    Wynn Hotel and Casino is in the entertainment district and 김제 출장안마 a 밀양 출장마사지 stop on the 천안 출장안마 Las Vegas Strip. The property features 토토사이트 16 restaurants and  Rating: 7.3/10 · ‎34 votes · ‎Price range: $230 per night (Latest starting price for this hotel)Where is Wynn Hotel and Casino 동해 출장안마 located?Does Wynn Hotel and Casino have a pool?

    ReplyDelete